Saturday, February 4, 2012

Lebih Baik Dari Jadik Penganggur

assalamualaikum. sebelum SPM dulu, saya terfikir, nak buat apa ye lepas exam? Kerja? Belajar masak? ke goyang kaki je kat rumah?


hurm..


 sekarang,bila dah habis SPM, saya jadi bibik kat rumah sendiri. masa first2 best la jugak sebab boleh tido lama2, online lama2.. tapi sekarang..

 haish.. bosan sebab hari2 buat keje sama. sebenarnya, i got to babysit my sister. umo bru 2 tahun.

 nak kerja tapi my mum tak kasi. tapi dengan babysit ni, saya dapat la jugak gaji daripada my mum. hee :) best je tengok orang lain kerja kat luar tapi takpe.. at least dapat la jugak blaja buat kerja2 rumah. someday, this is good for my future.hehe.pengalaman urus rumah ni berguna jugak in the future.


 ok. jumpa lagi in the next entry.kepada yang tengah tunggu result SPM keluar tu share lah apa yang korang buat masa ni. saya teringin nak tahu.chill ~




Tuesday, January 10, 2012

Asal Usul Cekelet M&M




Korang pernah makan tak coklat warna-warni M&M? Makan-makan jugak kan tapi korang tahu tak asal usul coklat ni? Harini saya nak share lah sikit pasal coklat ni sebab saya pun peminat coklat ni. Bukan apa, suka sebab colour diaa warna-warni. Makan je terus rasa hepi *exaggerated.haha*









 'Sejarah' coklat ni bermula masa Perang Dunia Kedua lagi bila seorang lelaki bernama Forest E. Mars yang berasal dari Minessota, Amerika Syarikat ternampak tentera tengah syok makan sesuatu seperti coklat kecil yang dibungkus dengan gula keras kat luar. Forrest ni yang memang dah terlibat dengan perniagaan coklat terus dapat idea. Jadi dengan rakan kongsinya Bruce Murrie, mereka pun hasilkan lah coklat M&M tu.


Dua M tu sebenarnya gabungan nama keluarga diorang.

Lebih mengejutkan, selepas coklat M&M ni dikeluarkan, coklat ni menjadi makanan 'wajib' yang dibawa ke mana sahaja dalam kalangan tentera pada masa tu. Urmm..

Tak sangka kan?



Monday, May 16, 2011

Sakit Tak Pakai Contact Lense?















"Pakai lense bahaya.Mudah kena jangkitan kuman.Silap hari bulan boleh jadik buta."




Saya rasa nak sangat-sangat cuba pakai lense tapi bila dengar someone cakap macam tu jadi 50-50 la pulak.




Bukan apa,risikonya agak tinggi.


Tak dinafikan ramai yang pakai lense tapi tak bawak sampai ke tahap jadi apa-apa complication lepas tu.


Teacher saya cakap dia pakai lense masa Form 3 lagi.Sebab dia cakap bila pakai lense senang,tak laaa asyik nak jatuh je spectacles diaa.


Hurm..




Sakit tak pakai lense?Dah tanya kawan-kawan yang pakai.
Ada yang cakap masa mula-mula je rasa sakit.Ada pulak yang cakap rasa biasa macam takde apa-apa pun kat mata.(Iye ke?)




Maintenance untuk benda alah ni pun tak lah mahal sangat.Boleh tahan laa untuk student macam saya.Takkan nak makan megi je semata-mata untuk benda neh.(Tak rela I!)


Cuma kat sini,saya nak tanya,


Wahai rakan-rakan blogger-bloggerku sekelian,sakit tak pakai lense?Betul ke pendapat yang kata pakai benda ni leceh?


Iya,yaa.,semua benda ada pros and consnya.Saya cuma nak tahu sajaa=)